"Katakanlah, 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [3:31]
Syurga itu amat sinonim dengan cinta. kerana cinta sesungguhnya lahir di syurga. Segala-galanya ada di syurga. Satu nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh imaginasi kita betapa indahnya syurga itu.
Dan Nabi Adam memang diciptakan tinggal di dalam syurga namun di tengah-tengah limpahan nikmat dan kesenangan itu nabi Adam masih merasa KOSONG. Allah tahu fitrah yang Dia campakkan dalam diri nabi Adam lalu diciptakn olehNya Siti Hawa dan disitu lah lahirnya cinta.Sebab itulah kalau kita berbincang tentang cinta ia adalah warisan para anbiya dari satu generasi ke satu generasi.
Sebagai ujian Allah telah menciptakan cinta di syurga tapi Dia telah damparkannya di dunia sebagai 'imtihan', sebagai ujian bagaimana cinta itu hendak dipelihara supaya kesuciann cinta itu terjaga.
Perkataan CINTA hanya lima huruf dan dua suku kata. Namun pengaruhnya cukup berat dalam kehidupan setiap insan. Saya masih ingat kata-kata pujangga yang dicoret seorang kakak senior dalam buku autograf saya sebelum menamatkan persekolahan dahulu. Coretannya berbunyi begini:
"To love is nothing; to be loved is something.
But to love and be loved is everything."
Alangkah indahnya hidup ini apabila orang yang kita cintai membalas cinta kita. Hari-hari yang dilalui terasa sempurna dan bahagia. Alangkah bertuahnya anda yang berjaya menemui pasangan sehinggakan saling cinta mencintai setulus hati seumur hidup. Namun, bagaimanakah kita boleh menemui cinta yang luhur dan sejati ini?
Siapakah yang lebih berhak mendapat cinta kita?
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: ""Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu Cintai daripada Allahdan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampaiAllah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.[9:24]
''Cintailah orang mencintaimu bukan orang kamu cintai''
Maka Allah lah jawapannya kerana Allah yang memberi segala-galanya,menyediakan segala-galanya untuk kita, maka Allah wajar dicintai.
Kita tidak mungkin mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri kita sendiri.
Dan kita tidak mungkin mencintai diri kita sendiri sebelum kita mencintai Allah.
Yakinlah wahai sahabatku sekelian, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman.
Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya.
Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.
Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu
- iman yang kuat,
- ikhlas dalam beramal,
- berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu.
Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang.Wassalam.=]


No comments:
Post a Comment