--BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM--

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Wednesday, March 28

Pertemuan & Perpisahan



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... ianya tidak boleh dipisahkan
seperti Adam dan Hawa, langit dan bumi serta pungguk dan bulan...
tiada apa yang kekal di dunia ini...

Pertemuan itu sesuatu yang sangat indah tetapi malangnya ia akan
berakhir dengan sesuatu yang sangat perit iaitu pepisahan... tetapi
ketahuilah bahawa kemanisan berukhuwah lahir daripada kepahitan
perpisahan... tanpa kepahitan perpisahan itu maka tidak wujudlah
kemanisan berukhuwah... kesedihan yang kita rasakan boleh
menaikkan darjat kita di sisi-Nya...

Perpisahan itu berbeza daripada perceraian... perpisahan meninggalkan
kepercayaan tetapi perceraian meninggalkan kehancuran... Kepercayaan
akan sentiasa hidup di hati yang sentiasa berakhir dengan senyuman jika
fikiran sentiasa mengingatkan... hidup ini terlalu singkat jika diisi dengan 
tangisan perpisahan... jadikanlah perpisahan itu sebagai satu penguat
semangat untuk terus hidup di bumi bertuah agar perpisahan itu menjadi
lebih bermakna...

____________________________________________________________________


Hari ini post agak 'emo' mengenangkan diri yang akan berpisah dengan 'che che' means kakak pada keesokan malam. Nama dia Mei Fong,.first time kenal bila ana menjejakkan kaki ke bumi yang penuh cabaran ini India means die senior ana la. kat uni ana die private student since ana adalah pioneer kat cni bersama 7orang lagi sahabat seperjuangan yang berlainan agama dan bangsa tapi negara same.hehe

Since berada kat India,kakak mei shows everything to us,tell us everything, guide us how to survive in India. dia tidak pernah kedekut nak bagi something, nak tolong something dan dgn kata lain dia xberkira langsung.

Even everytime die balik Malaysia,dia sanggup msg everyone of us,if nak kirim ape2 kat dia, nak suruh beli ape2,surely she will make it for us. ada sekali tu ana dgn housemate ana nak makan pretzel auntie anne's,msti sume kenal kan,dia sanggup bawak from midvalley to dharwad around  6000++km.

Sungguh terharu.(-,-)..pastu macam2 la kami kirim,ade yang suruh beli kan lens for dslr,belikan makanan n etc..,poskan barang untuk family pon ade(ana la tu..=p)

''Kakak Mei, jom pergi tinetra for lunch today,'' ''okey..jom''
''Mei Fong,today u cook chicken for us yea?'' ''okey but i want eat more chicken.''
''Mei,nnti parcelkan i some food,later i pay la.'' ''okey no probs''
''mei,i nak u punyer dental instrument yea.'' ''yea2 juz take it''
beginila perhubungan ana dan sahabat2 lain dengan Mei Fong.bagai isi dengan kuku. Dia sgt suka makan ayam.sangat2 suka.suka minum coke dan sprite.tidak suka makan sayur,kek, except chocolate banana cake.

Kalau ana nak tulis kenangan kami bersama for almost 2years,memang sampai esok pon x akan hbs. perhubungan ana dengan dia memberi banyak kenangan2 manis bersama-sama sahabat2 ana yang lain menghadapi cabaran dan ujian di sini. Sesungguhnya dia adalah 'che che' terbaik.

Even berlainan agama dan bangsa, hubungan kami amat rapat sekali. Dia sangat menghormati agama ana. Setiap kali dia nak masak or beli makanan untuk kami yang beragama Islam, dia akan pastikan makanan itu halal. Itu pon dah cukup baik.

Sometime kalau kami pergi dinner and dia rasa dia nak 'minum'. dia akan make sure dia xminum di hadapan kami yang beragama Islam.=]

Esok malam for the last dinner dengan Mei Fong before dia naik bas to Bangalore. Semoga dia menjadi dentist yang berjaya dan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

May God bless you Mei Fong. Surely we all gonna miss u banyakkkkkkk2..Sesungguhnya Mei Fong seorang kakak yang sangat baik dan banyak membantu ana dan teman2 yang lain di SDM. Semoga jumpe lagi kat Malaysia soooon.

ana(tie), azie, aileen, mark, pal, augustin, joel, teha, CL, hui fen,
pubasha, eshana, dev, [mei fong], nizam, farwuin,
sarah, medec, nana, kelvin, judith, onie, michelle.


enjoy this video special dedicated untuk kakak mei=]

No comments:

Post a Comment