Hiburan. Istilahnya sahaja sudah menyeronokkan kerana ia mengingatkan kita untuk relaks dan bersantai.
Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan.
Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk member garis panduan.
Islam tidak menolak hiburan tetapi sebaliknya meletakkannya pada posisinya yang tobie, iaitu sebagai tahsiniat di dalam kehidupan. Dikawal dengan kawalan tertentu agar ia tidak memusnahkan perkara-perkara dhoruriat di dalam syariat.
Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan:
Mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah.
Lain pula kisahnya dengan negara kita Malaysia yang sudah jauh dari hiburan yang ditentukan oleh syarak itu sendiri.Beberapa hari yang lepas satu hari yang ditunggu – tungu kebanyakan remaja wargakota untuk menyaksikan kemunculan pertama kali kumpulan yang dianggotai gadis-gadis jelita Korea iaitu Girls’ Generation [SNSD] semasa persembahan di Twin Towers @Live 2012 baru-baru ini. Dari apa yang dimaklumkan kepada kami oleh pihak penganjur, hampir 50 ribu pengunjung berjaya memeriahkan konsert yang dianjurkan betul-betul dihadapan menara berkembar petronas.
dua keping gambar yang dipaparkan ini bukan untuk ana membuka keaiban penghibur-penghibur ini nauzubillah tetapi hendak menyedarkan pembaca sekaligus diri ana sendiri tentang hiburan yang kita tonton dan lihat pada hari ini.Berlandaskan Islamkah hiburan yang kita lihat ini? Berbaloikah duit yang kita laburkan untuk kita pergi tonton hiburan ini? Mampukah hiburan yang sedang kita tengok ini membawa kita ke arah mengingati pencipta kita yang satu itu? Tepuk dada tanyalah iman.
Sebenarnya, hiburan itu bagus jika ia dinikmati secara sambilan. Ia sampingan, bukan keutamaan. Ia sepatutnya merehatkan, bukannya meleka dan melalaikan.
Sebenarnya, hiburan itu bagus jika ia dinikmati secara sambilan. Ia sampingan, bukan keutamaan. Ia sepatutnya merehatkan, bukannya meleka dan melalaikan.
Sebaliknya, jika kita nikmati hiburan tidak tentu masanya, kita menjadi akibat dilolokkan.
Akhirnya, kita menjadi manusia hedonis ~ manusia yang suka berseronok di sepanjang masa.
Sedangkan keseronokan itu bukannya kebahagiaan.
Kerana keseronokan selalunya seketika.Wallahualam.

No comments:
Post a Comment