--BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM--

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Saturday, March 31

Malam Penuh Barakah


عَنْ جَابِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ فِي اللَّيْلِ لَسَاعَةً لَا يُوَافِقُهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ
Dari Jabir r.a., ia barkata, “Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya pada malam hari itu benar-benar ada saat yang seorang muslim dapat menepatinya untuk memohon kepada Allah suatu kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah akan memberikannya (mengabulkannya); dan itu setiap malam.” (HR. Muslim dan Ahmad)


Firman Allah:
"Hendaklah engkau bertahajjud sebahagian daripada malam sebagai kewajipan tambahan kepadamu; pasti Allah akan membangkitkanmu pada kedudukan yang terpuji." [17:79]


Tahajjud adalah kewajipan khusus bagi Nabi s.a.w.

Daripada 'Aisyah r.a beliau berkata: Nabi s.a.w bangun berqiamullail sehingga bengkak2 kaki2nya." Aisyah pun bertanya "Kenapa engkau beribadah sebegini ya 
Rasulullah sedangkan dosa2 engkau yang telah lepas dan akan datang telah diampunkan.?" 
Rasulullah s.a.w pun bersabda:
"Tidakkah boleh aku menjadi hamba yang bersyukur." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

_______________________________________________________________


Waktu sepertiga malam, saat dimana bumi mengeluarkan gelombang kekhusyu’an (alfa), sebagaimana

Firman Allah :
“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan”[73:6].

Seharusnya, saat-saat inilah dzikir dan bacaan Al-Quran kita lebih berkesan, hati lebih mudah bergetar ketika Asma Allah disebut. Jiwa kita lebih bening sebening embun pagi di dedaunan.Air mata lebih mudah meleleh bahkan tertumpah dan tak kuasa kita hentikan. Hati menjadi halus dan lembut, sehingga hijab kita dengan Allah semakin transparan.Pendeknya inilah surga dunia yang telah dinikmati oleh para sahabat, tabi’in dan salafus saleh.

Dari Abu Hurairah RA disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda :
 “Allah bersabda, ‘Aku menuruti prasangka hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Kalau ia mengingat-Ku dalam hati, Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Kalau ia mengingat-Ku di tengah kerumunan orang, Aku pun akan mengingatnya di tengah kerumunan yang lebih baik daripada mereka. Kalau ia mendekat diri kepada-Ku sejengkal, Aku pun mendekatkan Diri kepadanya sehasta. Kalau ia mendekatkan diri pada-Ku sehasta. Aku pun akan mendekatkan Diri padanya sedepa. Jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari kecil”.

Disunatkan meniru cara qiamullail Nabi Daud a.s. Sabda Nabi s.a.w:
"Solat yang paling dikasihi adalah solat Nabi Daud a.s dan puasa yang paling dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud. Baginda tidur ditengah malam, bangun disepertiga yg akhir dan tidur semula sepernam yg terakhir. Baginda puasa sehari dan tidak puasa sehari. (Hr Bukhari dan Muslim - sahih)



Tips Mudah Qiyamullail :

1. Programlah aktivitas Anda di hari yang malamnya Anda rencanakan untuk qiyamulail agar memungkinkan Anda tidak kelelahan. Sehingga tidak membuat Anda tidur terlalu lelap.
2. Pahamilah bahwa Anda punya kebutuhan jasmani, aqli, dan ruhani, serta Anda wajib memenuhinya dengan seimbang.
3. Hindari maksiat. Sebab menurut pengalaman Sufyan Ats-Tsauri, “Aku sulit sekali melakukan qiyamullail selama 5 bulan disebabkan satu dosa yang aku lakukan.”
4. Ketahuilah fadhilah (keutamaan) dan keistimewaan qiyamulail. Dengan begitu Anda termotivasi untuk melaksanakannya.
5. Tumbuhkan perasaan sangat ingin bermunajat dengan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
6. Makan malam jangan kekenyangan, berdoa untuk bisa bangun malam, dan jangan lupa pasang alarm sebelum tidur.
7. Baik juga jika Anda janjian dengan beberapa teman untuk saling membangunkan dengan miscall melalui telepon atau handphone yang Anda miliki.
8. Buat kesepakatan dengan istri dan anak-anak bahwa keluarga punya program qiyamullail bersama sekali.
9. Berdoalah kepada Allah swt. untuk dipermudah dalam beribadah kepadaNya.


Hikmah Qiamullail

·  Meningkatkan keimanan individu
·  Meninggikan darjat disisi Allah
·  Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
·  Melatih diri menjadi insan bertakwa
·  Melatih diri menperbanyakkan amalan sunat
·  Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
·  Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
·  Melatih diri mengharap keredhaan Allah
·  Memberi ketenangan jiwa (emosi)
·  Memberi kesihatan (fizikal)
·  Menajamkan akal fikiran
·  Meneguhkan kekuatan rohani
·  Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepadaNya.
·  Melatih diri bersikap khauf(takut) dan  roja’(berharap) kepada Allah .
·  Dan lain –lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-hamba ikhlas dan istiqamah

 Qiamullail merupakan sunnah nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik –baik ganjaran ,nikmat,dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.



  Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah ?
  Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kana kita?
  Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ‘abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka?
  Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?

  Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allahdan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul.

  Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita…dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita dn mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang.   
Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi.



Friday, March 30

Kasihmu Ibu

Ibu adalah nama yang tidak dapat dipisahkan dalam kotak memori setiap insan. Pertarungan nyawa dan ketabahan menahan kesakitan mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak bukanlah perkara asing dalam catatan diari hidup seorang ibu. Itulah tugas yang tercatat sebagai seorang ibu yang benar-benar berfungsi dalam mendidik anak-anak.

Bermulanya dengan mengandungkan kita selama 9bulan 10hari,menyusukan kita selama 2tahun,membesarkan kita sampailah kita dewasa kini.


ALLAH s.w.t ada berfirman :
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."[2:233]

Sekiranya ada alat yang boleh mengukur kasih sayang ibu pastinya tak terbaca alat itu kasih dan sayangnya seorang ibu kepada anak-anaknya kerana setiap kali ia ingin mengukurnya, saya yakin bacaannya akan sentiasa melebihi had ukuran alat itu.




Bila melayani karenah ibu, ada ketika terasa benar diri ini diuji. Namun sebelum sempat mengeluh, teringat pula kisah seorang lelaki yang amat dikasihi Nabi S.A.W. bernama Owais Al Qarni yang hidup suatu ketika di Yaman.

Kisah Owais Al-Qarni :
Istimewanya Owais Al Qarni ini, dia ditimpa penyakit sopak (kulitnya putih di sana sini). Ayah Owais Al Qarni meninggal dunia sewaktu dia kecil. Owais bukanlah seorang yang terkenal di kalangan masyarakat setempat. Malah, waktunya dihabiskan demi beribadat dan menjaga ibunya yang uzur dan lumpuh.
Suatu hari ibu Owais terlalu ingin menunaikan ibadat Haji ke Mekah. Dia merayu agar Owais membawanya ke sana. Owais bukanlah seorang yang kaya. Namun dia tidak putus akal. Dibelinya seekor anak lembu dan dibuatkannya sebuah pondok di atas bukit di mana lembu ini diletakkan. Setiap hari, Owais akan memikul lembu ini menuruni bukit untuk diberi makan. Kemudian dipikulnya semula mendaki lereng bukit ke pondok yang disediakan.
Selepas beberapa bulan, anak lembu yang dibela Owais bertambah berat badannya. Manakala tubuh Owais pula menjadi tegap sasa, maklumlah hari-hari menggalas lembu yang semakin hari semakin bertambah berat badannya. Dan inilah yang sengaja dirancangkannya. Dengan badan yang sihat dan kuat, Owais berjaya mendukung ibunya merentas Yaman ke Mekah, meredah panas terik gurun yang amat memeritkan sesiapa sahaja, semata-mata untuk menyempurnakan hajat ibunya untuk menunaikan ibadat Haji. Selesai ibadat Haji, didukung ibunya lagi untuk kembali ke Yaman.
Mungkin kisah Owais Al Qarni ini akan tenggelam begitu sahaja dalam lipatan sejarah jika tidak kerana sabda Nabi S.A.W. yang pernah berpesan kepada Umar dan Ali r.a.:
"Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul. Namanya Owais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu."
Mengikut riwayatnya, mulianya Owais Al Qarni ini bukan sahaja kerana ia pemuda soleh dan kuat beribadat, tetapi juga kerana dalam dan ikhlas cintanya kepada ibu kandungnya. Sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi menggembirakan hati si ibu yang sudah tua. Nah, bukankah ini bukti yang cukup kuat betapa memuliakan ibu dan melayani segala karenahnya.
_________________________________________________________________________

oh ibu....
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu





Wednesday, March 28

Pertemuan & Perpisahan



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan... ianya tidak boleh dipisahkan
seperti Adam dan Hawa, langit dan bumi serta pungguk dan bulan...
tiada apa yang kekal di dunia ini...

Pertemuan itu sesuatu yang sangat indah tetapi malangnya ia akan
berakhir dengan sesuatu yang sangat perit iaitu pepisahan... tetapi
ketahuilah bahawa kemanisan berukhuwah lahir daripada kepahitan
perpisahan... tanpa kepahitan perpisahan itu maka tidak wujudlah
kemanisan berukhuwah... kesedihan yang kita rasakan boleh
menaikkan darjat kita di sisi-Nya...

Perpisahan itu berbeza daripada perceraian... perpisahan meninggalkan
kepercayaan tetapi perceraian meninggalkan kehancuran... Kepercayaan
akan sentiasa hidup di hati yang sentiasa berakhir dengan senyuman jika
fikiran sentiasa mengingatkan... hidup ini terlalu singkat jika diisi dengan 
tangisan perpisahan... jadikanlah perpisahan itu sebagai satu penguat
semangat untuk terus hidup di bumi bertuah agar perpisahan itu menjadi
lebih bermakna...

____________________________________________________________________


Hari ini post agak 'emo' mengenangkan diri yang akan berpisah dengan 'che che' means kakak pada keesokan malam. Nama dia Mei Fong,.first time kenal bila ana menjejakkan kaki ke bumi yang penuh cabaran ini India means die senior ana la. kat uni ana die private student since ana adalah pioneer kat cni bersama 7orang lagi sahabat seperjuangan yang berlainan agama dan bangsa tapi negara same.hehe

Since berada kat India,kakak mei shows everything to us,tell us everything, guide us how to survive in India. dia tidak pernah kedekut nak bagi something, nak tolong something dan dgn kata lain dia xberkira langsung.

Even everytime die balik Malaysia,dia sanggup msg everyone of us,if nak kirim ape2 kat dia, nak suruh beli ape2,surely she will make it for us. ada sekali tu ana dgn housemate ana nak makan pretzel auntie anne's,msti sume kenal kan,dia sanggup bawak from midvalley to dharwad around  6000++km.

Sungguh terharu.(-,-)..pastu macam2 la kami kirim,ade yang suruh beli kan lens for dslr,belikan makanan n etc..,poskan barang untuk family pon ade(ana la tu..=p)

''Kakak Mei, jom pergi tinetra for lunch today,'' ''okey..jom''
''Mei Fong,today u cook chicken for us yea?'' ''okey but i want eat more chicken.''
''Mei,nnti parcelkan i some food,later i pay la.'' ''okey no probs''
''mei,i nak u punyer dental instrument yea.'' ''yea2 juz take it''
beginila perhubungan ana dan sahabat2 lain dengan Mei Fong.bagai isi dengan kuku. Dia sgt suka makan ayam.sangat2 suka.suka minum coke dan sprite.tidak suka makan sayur,kek, except chocolate banana cake.

Kalau ana nak tulis kenangan kami bersama for almost 2years,memang sampai esok pon x akan hbs. perhubungan ana dengan dia memberi banyak kenangan2 manis bersama-sama sahabat2 ana yang lain menghadapi cabaran dan ujian di sini. Sesungguhnya dia adalah 'che che' terbaik.

Even berlainan agama dan bangsa, hubungan kami amat rapat sekali. Dia sangat menghormati agama ana. Setiap kali dia nak masak or beli makanan untuk kami yang beragama Islam, dia akan pastikan makanan itu halal. Itu pon dah cukup baik.

Sometime kalau kami pergi dinner and dia rasa dia nak 'minum'. dia akan make sure dia xminum di hadapan kami yang beragama Islam.=]

Esok malam for the last dinner dengan Mei Fong before dia naik bas to Bangalore. Semoga dia menjadi dentist yang berjaya dan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

May God bless you Mei Fong. Surely we all gonna miss u banyakkkkkkk2..Sesungguhnya Mei Fong seorang kakak yang sangat baik dan banyak membantu ana dan teman2 yang lain di SDM. Semoga jumpe lagi kat Malaysia soooon.

ana(tie), azie, aileen, mark, pal, augustin, joel, teha, CL, hui fen,
pubasha, eshana, dev, [mei fong], nizam, farwuin,
sarah, medec, nana, kelvin, judith, onie, michelle.


enjoy this video special dedicated untuk kakak mei=]

Monday, March 26

Syurga Cinta

"Katakanlah, 'Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.' Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [3:31]

Syurga itu amat sinonim dengan cinta. kerana cinta sesungguhnya lahir di syurga. Segala-galanya ada di syurga. Satu nikmat yang tidak dapat dibayangkan oleh imaginasi kita betapa indahnya syurga itu.

Dan Nabi Adam memang diciptakan tinggal di dalam syurga namun di tengah-tengah limpahan nikmat dan kesenangan itu nabi Adam masih merasa KOSONG. Allah tahu fitrah yang Dia campakkan dalam diri nabi Adam lalu diciptakn olehNya Siti Hawa dan disitu lah lahirnya cinta.Sebab itulah kalau kita berbincang tentang cinta ia adalah warisan para anbiya dari satu generasi ke satu generasi.

Sebagai ujian Allah telah menciptakan cinta di syurga tapi Dia telah damparkannya di dunia sebagai 'imtihan', sebagai ujian bagaimana cinta itu hendak dipelihara supaya kesuciann cinta itu terjaga.


Perkataan CINTA hanya lima huruf dan dua suku kata. Namun pengaruhnya cukup berat dalam kehidupan setiap insan. Saya masih ingat kata-kata pujangga yang dicoret seorang kakak senior dalam buku autograf saya sebelum menamatkan persekolahan dahulu. Coretannya berbunyi begini: 

"To love is nothing; to be loved is something. 
But to love and be loved is everything."

Alangkah indahnya hidup ini apabila orang yang kita cintai membalas cinta kita. Hari-hari yang dilalui terasa sempurna dan bahagia. Alangkah bertuahnya anda yang berjaya menemui pasangan sehinggakan saling cinta mencintai setulus hati seumur hidup. Namun, bagaimanakah kita boleh menemui cinta yang luhur dan sejati ini? 

Siapakah yang lebih berhak mendapat cinta kita?
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
Katakanlah: ""Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu Cintai daripada Allahdan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampaiAllah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.[9:24]






''Cintailah orang mencintaimu bukan orang kamu cintai''

Maka Allah lah jawapannya kerana Allah yang memberi segala-galanya,menyediakan segala-galanya untuk kita, maka Allah wajar dicintai.

Kita tidak mungkin mencintai orang lain sebelum kita mencintai diri kita sendiri.
Dan kita tidak mungkin mencintai diri kita sendiri sebelum kita mencintai Allah.

Yakinlah wahai sahabatku sekelian, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. 
Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. 
Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.
Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu 
  • iman yang kuat,
  • ikhlas dalam beramal,
  • berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu.
Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.
Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang.Wassalam.=]



Aurat Itu Maruah Kita


Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!
Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahupun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen! 
semoga dijadikan peringatan untuk ana dan juga kaum2 hawa di luar sane.insyaALLAH.=]
''Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka,supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu.''[33:59]


Menggembirakan Hati

Hiburan. Istilahnya sahaja sudah menyeronokkan kerana ia mengingatkan kita untuk relaks dan bersantai. 


Islam bukanlah satu agama yang mengharamkan segala bentuk kegembiraan dan hiburan dalam hidup manusia. Allah Yang Maha Mencipta mengetahui bahawa manusia melalui dalam hidup mereka berbagai suasana dan keadaan. 


Ada kala manusia perlukan hiburan atau perlu dihiburkan. Hiburan wujud dalam berbagai bentuk. Islam datang bukan untuk mengharamkan, tetapi untuk member garis panduan.  

Islam tidak menolak hiburan tetapi sebaliknya meletakkannya pada posisinya yang tobie, iaitu sebagai tahsiniat di dalam kehidupan. Dikawal dengan kawalan tertentu agar ia tidak memusnahkan perkara-perkara dhoruriat di dalam syariat. 

Dalam hadis Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan:
Mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Hadis ini menunjukkan sikap lunak Nabi s.a.w yang tidak melarang hiburan dalam bentuk nyanyian sekalipun berlaku dalam rumah baginda. Nabi s.a.w tidak bersikap keras mengenai hiburan seperti sesetengah mereka yang menggunakan nama agama untuk membenteras hiburan habis-habisan. Bantahan Abu Bakr ditolak oleh Nabi s.a.w secara berhikmah. 

Lain pula kisahnya dengan negara kita Malaysia yang sudah jauh dari hiburan yang ditentukan oleh syarak itu sendiri.Beberapa hari yang lepas satu hari yang ditunggu – tungu kebanyakan remaja wargakota untuk menyaksikan kemunculan pertama kali kumpulan yang dianggotai gadis-gadis jelita Korea iaitu Girls’ Generation [SNSD] semasa persembahan di Twin Towers @Live 2012 baru-baru ini. Dari apa yang dimaklumkan kepada kami oleh pihak penganjur, hampir 50 ribu pengunjung berjaya memeriahkan konsert yang dianjurkan betul-betul dihadapan menara berkembar petronas.


dua keping gambar yang dipaparkan ini bukan untuk ana membuka keaiban penghibur-penghibur ini nauzubillah tetapi hendak menyedarkan pembaca sekaligus diri ana sendiri tentang hiburan yang kita tonton dan lihat pada hari ini.Berlandaskan Islamkah hiburan yang kita lihat ini? Berbaloikah duit yang kita laburkan untuk kita pergi tonton hiburan ini? Mampukah hiburan yang sedang kita tengok ini membawa kita ke arah mengingati pencipta kita yang satu itu? Tepuk dada tanyalah iman.


Sebenarnya, hiburan itu bagus jika ia dinikmati secara sambilan. Ia sampingan, bukan keutamaan. Ia sepatutnya merehatkan, bukannya meleka dan melalaikan. 
Sebaliknya, jika kita nikmati hiburan tidak tentu masanya, kita menjadi akibat dilolokkan. 
Akhirnya, kita menjadi manusia hedonis ~ manusia yang suka berseronok di sepanjang masa. 

Sedangkan keseronokan itu bukannya kebahagiaan.
Kerana keseronokan selalunya seketika.Wallahualam.