--BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM--

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Monday, April 30

peperiksaan DUNIA vs AKHIRAT

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya xupdate blog ni.Kesibukan diri sebagai pelajar dental ni memang menghalang ana untuk update blog ni.Begitulah kehidupan jika namanya PELAJAR. Dengan kelas dari pagi sampai ke petang,theori dan praktikal semua tu tetapi ana bersyukur kerana berpeluang berada di level ini. Orang yang dah bekerja cakap, life as a student is the best. Kadang-kdang terfikir juga apa yang diorang maksudkan. Bukan bekerja lagi best ke? xde assignment.xpayah pergi kelas ikot jadual.xde la kena marah dengan lecturers..Sume soalan ini akan terjawab bila ana dah start kerja nnti.

Hari ini boleh pulak menulis? yup hari ini ana terasa diri lapang.Sebenarnya ana tengah buat persediaan untuk peperiksaan penggal ke-3 dan selepas 1month gap,dah start final. Maka tamatlah tahun ke-2 as a dental student. Disebabkan sudah hampir dengan exam akhir, sukatan-sukatan pelajaran banyak yang dah habis maka dengan itu banyaklah masa freenya.

Berbalik kepada tajuk di atas,peperiksaan DUNIA vs AKHIRAT...

MASA PEPERIKSAAN BERMULA
peperiksaan dunia :
peperiksaan dunia masa telah pun ditetapkan dan semestinya semua antara kita telah bersedia dengan sempurnanya berdasarkan kertas peperiksaan yang diduduki. Kita boleh membuat rangka-rangka terlebih dahulu berdasarkan masa yang telah ditetapkan itu.

peperiksaan akhirat :
tapi peperksaan akhirat ini tiada siapa yang tahu bila habisnya atau tamatnya peperiksaan ini. Sedar-sedar sudah habis masa.,malaikat maut dah mencabut nyawa kita. Kalu kita mampu pergi ke kelas tambahan, semata-mata untuk membuat persediaan menjawab peperiksaan dunia,apalah salahnya kita pergi ke majlis-majlis agama untuk persediaan menghadapi Allah.


SOALAN2 UNTUK PEPERIKSAAN
peperiksaan dunia :
semua orang sudah tahu soalan apa yang akan masuk untuk peperiksaan nnti sebab sukatan-sukatan pelajaran telah pun ditetapkan. senangnya kan nak jawab peperiksaan dunia ini. tapi mampukah kita untuk menjawab soalan2 nanti kalau kita tidak mempersiapkan diri kita dengan membuat nota,mengulangkaji dengan bersungguh-sungguh, bertanyakan guru dan kawan2 kalau ada yang tidak fahami.


peperiksaan akhirat :
Bgitulah juga dengan peperiksaan Akhirat. Semua orang dapat soalan sama saja, siap sudah dibagikan jawapan dan dibocorkan lagi oleh Nabi Muhammad s.a.w. Soalan yang Pak Imam selalu ulang dalam talkin, siapa tuhan kamu, siapa imam kamu,apa agama kamu.Semua orang tahu jawapannya tapi tak ramai yang berusaha nak dapatkan jawapan yang terbaik. 


MASA SUDAH TAMAT
peperiksaan dunia :
apabila ketua peperiksaan mengumumkan bahawa masa peperiksaan sudah tamat.hujung-hujung inilah orang menggelabah nak minta kertas tambahan, menggelabah semak jawapan, ada yang minta tambah masa. Itu pun masih sempat lagi.Kalau pemeriksa suruh letak pen, faham-faham sajalah. Exam sudah tamat!! Menyesal pun sudah tidak berguna lagi. Siapa yang dapat buat baik, ulangkaji buku mestilah senyum lebar, yang mana buat hentam sahaja sesuka hati saja, mestilah berpeluh, takut, frust. Sudah boleh kita bayangkan result yang bakal keluar melalui cara kita menjawab exam. 


peperiksaan akhirat :
tapi kalau peperiksaan Akhirat,mampukah kita nak curi masa nak buat amalan? “Eh kejap-kejap malaikat..aku tak beramal lagi,tangguh ajal aku kejap ye”. Siapa kita nak menangguh ajal? Malaikat maut tidak akan menangguh ajal kita walaupun sedetik pun. Dengan amalan yang tidak seberapa ini , layakkah kita menghidu bau syuga Allah dan sudah bersediakah nak menghadap Allah, pencipta seluruh alam? Tepuk dada tanya iman.






''Ingin ana ingatkan bahawa peperiksaan akhirat juga penting di samping peperiksaan dunia. 
Jikalau solat kita cemerlang, maka peperiksaan akhirat kita akan cemerlang dan akhirnya kita tergolong di dalam golongan orang yang berjaya. 

Kejarlah kecemerlangan akhirat yang kekal abadi dan janganlah pula hanya kejar kecemerlangan dunia yang sementara sahaja.''

Saturday, April 7

Kekuatan Jasmani


Islam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:-

1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt:
“Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan...”[al-anfal : 60]


2) Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt:
“Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.”[Al-baqarah : 247]



3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda:
Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.”(Hr Muslim –sahih)


4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut.
Maksudnya:“Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.”(Hr Bukhari – sahih)


5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut:
Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud)


6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.”(Hr Bukhari dan 
Muslim)



______________________________________________________________________

05042012 ana dan bersama 2orang lagi akhawat iaitu Kak Kema yang datang dari Bangalore dan juga Tihah teman sebilik ana pergi ber-rehlah di Gokak Waterfalls kt Belgaum kira-kira 4jam dari hostel. Dari Dharwad ke Belgaum,kami hanya menaiki bas dan sesudah sampai di Belgaum kami menyewa sebuah kereta untuk ke sana. Perjalanan dirasakan amat selesa dan alhamdulillah kami selamat selamat sampai selepas 2jam perjalanan. 

Kami sampai disana tepat pukul 1.30petang dan cuacanya amat panas sekali disamping sekarang kt India musim summer. Namun semangat kami untuk ber-rehlah tidak pudar di situ sahaja. Dengan berbekalkan air mineral dan juga 'jajan' kami mulakan perjalanan dengan naik titi gantung. Pening2 jugak la sebab ana takot jugak tinggi2 ni. Tapi alhamdulillah kt atas tu ana ambik kesempatan untuk ambil-ambil gambar. Cantiknya view kat sini. Jom kita tgk gambar2 kt sini.enjoy~~



Panjang jugak titi gantung tu.Bila sampai ke penghujung titi, kami mengambil jalan bawah untuk kembali ke arah yg kami datang. Kami terpaksa rempuh batu-batu yang ana rase sgt cantik dan unik, Satu kelebihan yang ana dapat bila pergi time summer ialah ana berpeluang berjalan melalui jalan bawah tu sebab kalau musim hujan atau winter,batu-batu itu terlalu licin so memang xdapat la nak jalan bawah tu.

kak kema n tihah sebagai model untuk hari ini.


Kat belakang tinggi sangat tapi semata-mata nak ambik gambar,
buat hati beku jer..hilangkan rasa gundah-gulana di hati..hehe

air yang tenang=)




macam muka orang plak bnda ni..hehe

Selepas berhempas pulas mengharungi batu-batu di sana, tepat jam 2.30petang kami dah bertolak pulang. Walaupun sekejap tapi memang best. Kami bertiga bermalam di rumah akhawat kt Belgaum. Terima kasih baynak-banyak sebab sediakan makanan dan tempat tinggal untuk kami dan tidak lupa jugak di atas layanan yang diberi. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.Ukhwahfillah.=]





Wednesday, April 4

Doa Senjata Mukmin



Waktu-waktu  mustajabnya doa :
1)Satu pertiga malam
Iaitu di antara jam 3.30 pagi atau jam 4 pagi sehingga ke sebelum Subuh. Ini kerana, di dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
2)Sewaktu hujan turun 
Ketika ini, pintu rezeki dari langit sedang terbuka luas.
3)Waktu di antara dua khutbah khatib pada solat Jumaat
Sepertimana yang telah kita sedia amalkan di mana antara dua khutbah, imam akan membacakan doa dan selawat. Namun adalah lebih afdhal andai di sini kita berdoa secara individu, sebagaimana yang penulis lihat telah mula diamalkan di sesetengah masjid di kawasan Selangor. Ini kerana setiap jemaah yang datang mempunyai hajat, keperluan dan doa yang berlainan di antara satu sama lain.
4)Sewaktu membacakan syahadah akhir setiap kali waktu solat
Oleh itu nabi Muhammad S.A.W telah mengajarkan kita doa yang khusus untuk dibacakan.
5)Tempoh masa dari azan hingga iqamat, dan juga sewaktu bilal telah iqamat untuk solat, dan sewaktu masuk ke dalam saf.
6)Setiap sujud di dalam setiap waktu solat
Nabi Muhammad S.A.W menyuruh kita memanjangkan sujud kita andai kita mempunyai sebarang doa, dan baginda tidak pernah mengkhususkan sujud mana yang perlu dipanjangkan sama ada sujud di rakaat pertama, kedua, ketiga, atau keempat. Maka, kita boleh memanjangkan mana-mana sujud untuk meluangkan masa berdoa kepada Allah S.W.T. Adapun jikalau doa yang ingin dibacakan semasa sujud ini adalah di dalam bahasa selain bahasa Arab, maka hendaklah dibacakan di dalam hati, kerana selain bahasa Arab akan membatalkan solat. Itu merupakan kata-kata para ulama' fekah termasuk As-Syafi'e rahimahullah.
7)Waktu dhuha
Waktu Dhuha ialah waktu setelah berakhirnya masa tahrim (waktu yang diharamkan solat, dari selepas solat subuh sehingga waktu:
  • Menurut Nabi Muhammad S.A.W, bangunnya anak unta dari tidurnya atau
  • Kata orang-orang tua kita, tinggi matahari sudah mencapai dua galah iaitu lebih kurang sejam sebelum masuknya solat Zohor.

Malahan di antara fadhilat solat Dhuha ialah memurahkan rezeki. Insya-Allah...

Amalan-amalan yang memustajabkan doa :
1)Memperbanyakkan amalan-amalan yang sunat setelah kita sudah mencukupkan amalan-amalan yang wajib.
2)Memanjangkan sujud di dalam solat, dan berdoa di dalamnya sebagaimana yang penulis jelaskan di atas.
3)'Menebus' kembali amal baik yang telah kita lakukan.
Seperti yang kita dapati di dalam surah Ali-Imran, yang merupakan bacaan yang baik untuk solat Tahajjud, iaitu :
"Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada Iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji." [3:192-194]
4)Menghulurkan pertolongan.
Menolong orang lain, terutamanya mereka yang dekat dengan kita seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Ini kerana sabda nabi S.A.W, "Andai kamu menolong saudara kamu, Allah akan permudahkan bagi kamu urusan kamu".
5)Sabar.
Sabar dalam menghadapi ujian Allah S.W.T. Doa orang yang bersabar sangat didengari Allah S.W.T.