--BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM--

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Monday, March 26

Aurat Itu Maruah Kita


Sedih apabila kita melihat anak-anak muda begitu asyik memaparkan bentuk badan dan semua bahagian badan yang begitu menghairahkan. Dengan gejala minah rempit, kegilaan masyarakat untuk menjadi artis, pendedahan aurat dalam laman sosial seperti Facebook, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya. Tiada lagi rasa malu, tiada lagi nilai aurat dalam diri wanita-wanita islam, tiada lagi maruah diri dan tiada langsung rasa bersalah!
Lebih parah lagi ramai di antara mereka tidak pernah tahupun bagaimanakah sebenarnya cara menutup aurat dengan betul! Sebagaimana masyarakat berpakaian, sebegitulah mereka berpakaian. Sebagaimana golongan kafir berfesyen, sebegitulah mereka berfesyen! 
semoga dijadikan peringatan untuk ana dan juga kaum2 hawa di luar sane.insyaALLAH.=]
''Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka,supaya mereka lebih mudah dikenali orang, kerana itu mereka tidak diganggu.''[33:59]


No comments:

Post a Comment