--BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM--

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





Sunday, May 6

Mati itu PASTI

Seawal 4.30pagi(waktu India), aku dikejutkan dengan panggilan dari abangku.
''haa dah 7miscall..1unread message..kenapa yer?''
diriku terlalu penat kerana semalam tidur agak lewat memandangkan tengah berhempas pulas membuat persediaan untuk peperiksaan yang akan bermula pada esok hari 7may..

Dengan tangan yang menggeletar,ku kuatkan hati untuk membaca mesej itu kerana tidak pernah ku menerima panggilan dan mesej seawal ini.

''Tok dah meninggal baru jer''

Adakah aku mimpi sebab kepenatan. Aku hanya biarkan mesej itu begitu sahaja.

Sekali lagi aku menerima panggilan.
''dah baca ke mesej?'' tanya orang di seberang sana.

Di saat ini baru aku tersedar dan membuka mataku dan melihat sekeliling bilik.
Aku menepuk-nepuk pipiku beberapa kali.''ya aku tidak bermimpi''

Airmata yang ingin mengalir cuba ditahan kerana tidak ku mahu abangku mengetahui 
bahawa aku bersedih hati di sini. 

''tak payah beli tiket balik la sebab kalau balik pon xsempat nak tengok wajah nenek untuk kali terakhir.''
sebab nnti nak kebumikan lepas waktu zohor(waktu Malaysia)
Abangku sudah berpesan bagaikan mengetahui niat di hatiku pada masa ini.

Memang xsempat sebab rumah ku jauh di Kelantan. Kalau ambil tiket paling awal pon xsempat kerana 3connecting flight untuk sampai ke rumah nenekku dan ini adalah cara paling cepat.

Aku menyambung tidur kembali dan sampai ku terlewat mengerjakan subuh pada hari ini. 

Selepas solat subuh,kesedihanku tidak dapat dibendung lagi.
Sambil membacakan surah Yaasin untuk disedekahkan kepada arwah, airmataku laju mengalir bagai air hujan. Beberapa kali cuba di lap tapi dia setia mengalir. 

Terbayang-bayang di fikiranku kenangan kami bersama.

Aku paling suka makan nasi kerabunya. Setiap kali aku balik ke kampung
untuk menziarahinya, nasi kerabu jugaklah yang jadi permintaan. Rasanya sangat unik 
istimewa. Rasanya memang ohsem!

Ku juga selalu memotong kuku tangan dan kakinya memandangkan dia sangat rabun.
Orang tua lah katakan.benda common la kan. 

''Ambik pemotong kuku yang paling besar dan tajam yer tie(panggilanku di rumah).''
aku hanya memandangnya meminta penjelasan..

Dia bagaikan mengerti pandangan pelikku itu.

''ni kuku tok keras dan tebal. tak boleh kalau nak guna yg kecik-kecik. 
'xluk'(perkataan kelantan)

''tok,kalau baju yang dah pakai letak dalam baldi.jangan campur dengan baju-baju lain yang bersih.
nnti semua bau busuq.'' pesanku sambil tersenyum.

Setiap hari kena pesan benda ni,sebab yerla dia dah tua. hari ini ingatlah. esok buat pulak.sabar jer la.
dah orang tua kan. kita pon akan lalui jugak benda ini.

Kali terakhir ku jumpe atok masa balik hujung tahun lepas.
Tidakku sangka itu adalah kali terakhir
ku tatap wajah tuanya,
ku peluk erat tubuhnya yang sedikit kurus,
ku suapkan bubur untuknya,
ku potong kukunya,
ku sediakan tempat tidur untuknya,
ku membalas senyuman manisnya.

Patot la terasa macam nak snap banyak2 gambarnya dengan nikonku yang baru dimiliki.
Semua itu adalah petunjuk dariNya.

Semoga atokku di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa
kepada Allah swt.

Tidak dapat ku tatap wajah tuanya yang berkedut-kedut dan licin untuk kali terakhir.

Kali pertama beraya dan berpuasa tahun ini tanpamu di sisi.
Semoga keluargaku terutama ayahku tabah menghadapi dugaan ini.
Maafkan cucumu ini kerana tidak dapat bersamamu untuk hari terakhirmu
di muka bumi ALLAH ini kerana jarak memisahkan kita.
InsyaALLAH kita berjumpa di syurga nnti.

Tetapi doa dan ayat-ayat suci mengiringi jenazahmu pada hari ini.
Semoga engkau tenang di sana bersama orang-orang soleh.
Sesungguhnya pemergiaanmu meninggalkan seribu kenangan di dalam diri cucumu ini.
Sesungguhnya ketahuilah bahawa cucumu ini sangat menyayangimu dan pasti merinduimu.

Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini hanyalah sementara
dan di akhirat sana yang kekal abadi.

kerana MATI ITU PASTI.
(sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah)



**mood-rindu sangat nak peluk dan cium atok =,(





1 comment: